Entry: Pulanglah Saturday, June 23, 2007




Moga abah pergi di dinihari ini dengan hati yang cekal dan pulang kembali ke bumi Kyushu dengan berlapang dada harapnya ...agar hati tidak berbelah bahagi...antara misi dan tanggunjawab...antara amanah yang mana lebih harus dipikul...lalu didahului.

Pulanglah......kami iringkan doa...moga kembali dengan semangat baru...walau seakan direntap yg dulu...lupakan...kisah semalam walau amat menyakitkan...walau sesukar mana untuk melupakan...biarkan ia berlalu pergi!

Yang manis tetap ada di zaman silam....untuk dikenangi...ditayang kembali sebagai memori paling abadi.

Kerana kita hanya merancang Dia jua yang menentukan segalaNya....yang tersurat ada hikmah di sebalik yang masih lagi bersirat2!!!

~Teratak #205 : Nakatsuka ko-po~

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments